Thursday, November 24, 2011

cinta monyet saya :)


Cinta MONYET is cute!

Gua pasti semua orang pernah ada cinta monyet kan? berapa lama bertahan der? mesti setiap bulan bertukar-tukar kannn?! macam tu lah gua, gua ada cinta monyet. cinta monyet gua paling lama bertahan setahun. lawak, masa tuh gua tak setia, dia pon jangan cakap lah. ahax!

Dia dulu budak satu sekolah dengan gua, dia budak sains stream, gua pulak arts, memang lawak lah kekadang tuh. kelas dia di blok makmal, dan gua di blok "bilik seni" well, kantin lah tempat kitaorang berdating, tapi bukan berdating duduk dekat-dekat dan sebagainya, tapi sekadar pandang memandang. ahax! gua ni kalau ada bf satu bumbung, gua tak suka tunjuk kat orang ramai sangat. gua akan lebih memilih untuk "berpura-pura" tak mengenali sangat! huhuhuhuh :D

Hokey, masa tuh gua ingat lagi, dia selalu datang lepak kat kelas gua, sebab nak melepak dengan kawan-kawan kelas gua (lelaki) so masa tuh memang segala pergerakan gua di kawal lah. ahax! contoh kalau ada satu hari tu dia lepak kelas gua then gua lak tengah bercakap dengan sorang lelaki kan mesti petang tu gua akan dapat msg dari dia 


"MESRA ALAM NAMPAK NYA YEA ORANG TUH"


Ahax!, walaupun dia seorang budak sains tapi dia tetap ambik seni lukis, and oleh sebab masa dalam kelas gua lah "SCORER" seni lukis, so dia banyak menghabiskan masa dengan gua, ahax! "MENGAJAR" katanya, padahal, sambil menyelam minum air gak ar! ahax! Kelakar kalau di ingat kan balik pasal CINTA MONYET. banyak gila kenangan kami. dia lah satu-satunya lelaki yang buatkan gua rasa "Ahhh, tak heran lah kalau dia nak ada berapa gf sekali pon janji aku masih dengan dia" ahaha, memang sumpah tak sangka gua boleh lalui semua tuh.

Tapi masa cepat berlalu kan. cinta monyet dah tak wujud dalam kamus hidup gua, tapi bila di ingatkan balik agak mencuit hati lah gak, ahax! hmmmm, baru-baru ni gua terserampak dengan dia. dia kelihatan segak dengan penampilan "DEWASA" dia. berbaju belang, berkasut tutup. semua nya dah tak macam masa zaman persekolahan lagi. kecuali satu yang tetap sama. "SENYUMAN DIA". 

Dan paling mengembirakan gua, dia kini salah seorang pengurus di syarikat advertising milik keluargannya. dan kini dia bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis yang sangat cantik dan manis. :) awwww, gua tumpang gembira dengan segala perkembangan dia. sumpah tak sangka, kini dia bakal menjadi suami orang. :) Tahniah awakkkk <3


LOVE IS BLIND
CINTA ITU BUTA


"haishhhh, dia dah jumpa cinta sejati dia. gua pulak bila lagi ???. tu lah kau gatal! masa ada kau yang tinggal-tinggalkan, kan dah PADAN DENGAN MUKA KAU!"



TAKPE LANY, TERUSKAN BERJALAN
TAK KEMANA NYA "CINTA SEJATI" NI. SETIAP MANUSIA DI CIPTAKAN BERPASANGAN KAN. SO KENAPA PERLU RISAU DAN MENGELABAH TETEK MENCARIK PASANGAN KAN?! KALAU ADA JODOH TAK KEMANA NYA ILANI OII :)
*so relex sudah, berkawan tak bermakna bercinta, bercinta tak bermakna berkahwin ?? sooo, just follow the flow je yeah :)

4 comments:

  1. perrgghh~ teringat bhaii time cintan cintun kat sekolah XD

    same with me :D
    hahaha
    baru2 ni jumpa, amboi rambut style korea . dulu ketawakan i sbb dia yg panggil dak korea. last2 amik~~ haha.

    tetibe rindu time skool -.-

    ReplyDelete
  2. hahaha! tu lah babe, cam kelakar tau bila ingat balik. memang nampak perubahan masing-masing kan. ahax! :D
    paling tak tahan dia ejek i ar. i kan dah gemok, then dia kata i mak orang wakaka :D memang lawak ohhh :) dulu i selalu gelak kan dia sebab dia makin berisi sekarang dia gelak kan i sebab i SEMAKIN berisi hahaha :D

    ReplyDelete
  3. my ex lagi la. dulu i kecik kemetot, dia tinggi galah. sekarang, i sama tinggi XD sah dia terbantut XD
    minah jepun dia panggil i -.-

    engat ag, kalau kapel ngan nerd, sekarang tengok, pergghh...cair semua XD

    ReplyDelete
  4. ahax! :D siot je terbantut! ahax! :D

    ReplyDelete