Sila Baca Ini Dahulu!!
kepada anda yang akan membaca sila bekal kan bakul di sebelah kiri anda kerana KEMUNGKINAN kamu akan muntah hijau kerana keperasanan tahap dewa tentang diri aku SENDIRI :)
SO, KALAU TAK SUKA BACA, JANGAN GATAL-GATAL NAK TERUSKAN MEMBACA YEAH :)

Tuesday, November 22, 2011

bacalah dan faham kan :D KISAH BENAR


Gua ada satu cerita yang boleh kita semua renung-renung kan mana baik nya, mana buruknya :)

- Ada satu hamba allah ni (gadis), dia baru sahaja putus cinta, so tanpa berfikiran panjang, dia pon berkenalan lah dengan sorang jejaka yang tidak di kenali nya LANGSUNG!. mereka mulakan perkenalan mereka di dalam muka buku. mereka mula bertukar-tukar cerita, bertukar-tukar rahsia, hinggalah bertukar perasaan sebagai seorang kawan kepada si pencinta, sedang mereka asyik di buai asmara, di lambung ke langit, tiba-tiba si lelaki telah membuat satu pengakuan kepada gadis dengan rasa sebersalah, si jejaka luahkan segala isihatinya, si dia mula mengaku bahawasanya si dia telah mula mencintai gadis tersebut. MALANGNYA, si jejaka sebenarnya telah menyimpan satu rahsia yang "TERBESAR" dalam hidupnya. rahsia yang melibatkan hati dan perasaan seseorang, tanggungjawab, dan sebagainya.. tetapi, oleh kerana perasaan & nafsu yang membuak-buak di dada, si lelaki engan mencerita kan kisah sebenarnya. hingga lah satu hari si jejaka itu membuka pekung sendiri, rupanya sebenarnya selama ini, si jejaka merupakan tunangan orang. Namun si jejaka engan memutuskan hubungan dengan si gadis, si dia terus menyakinkan si gadis itu untuk terus mencintai dirinya, jangan pernah terhenti dan berhenti untuk mencintai lelaki tersebut. alasan nya "LELAKI BOLEH BERSAMA 4 ORANG ISTERI KAN". jadi dengan hati yang terluka, lagi berdarah. si gadis hanya mampu menahan airmata dan dalam masa yang sama si gadis juga engan memisahkan hubungan mereka jadi mereka berdua telah mengambil keputusan untuk meneruskan perhubungan mereka, tetapi si gadis ini meletak kan syarat, iaitu apa pon jadi bakal isterinya tak boleh tahu apa-apa tentang mereka, jadi si jejaka itu menarik nafas lega sambil mengiakan segalanya.beberapa minggu selepas kejadian, si gadis mula tertanya sendiri, adakah ini adalah jalan yang terbaik untuk mereka? tanpa temui jawapan si gadis muka bertanya pada adik kesayangan nya. pelbagai soalan di lemparkan, berjuta tanda tanya di ajukan. tetapi segala apa yang di curah kan, umpama mencurah air ke daun keladi, si gadis memang tahu sebetulnya hubungan dia dan jejaka itu umpama "CINTA TERHALANG" tetapi si dia masih tak dapat terima kenyataan, dan lama kelamaan dia mula menyimpan dendam pada tunang si jejaka itu. sedar tak sedar si dia mula mencuba untuk merampas hak milik yang terang-terang bukan milik nya. si gadis tersebut mula termakan kata-kata dan ayat manis si jejaka. dalam diam tak diam akhirnya tarikh kerama si jejaka dan tunangnya semakin hampir. lagi beberapa hari sahaja mereka akan dihijab kabul kan. namun hubungan antara si gadis dan si jejaka langsung tidak berengang malah semakin akrab. si gadis mula sedar dan mula cuba untuk melupakan si jejaka, dia fikir mungkin semua ini salah, tak kan dia sanggup merampas kebahagiaan bukan miliknya. jadi, dia terus meluahkan segalanya pada si jejaka. "awak tak boleh cintakan saya lebih, cinta kita terhad, sebab awak bakal menjadi milik orang" tapi biasalah lelaki, si jejaka mulakan pancingan, pelbagai umpan di gunakan, akhirnya si ikan terkena jorannya. si gadis pasrah dan hanya mampu diam terkedu sahaja. si jejaka meminta agar hubungan mereka akan tetap seperti sedia kala, jangan pernah berubah hanya kerana status. so majlis telah berlangsung, si jejaka telah selamat di ijabkabul kan, honeymoon semua berlangsung dengan sempurna. tetapi hubungan si jejaka dan si gadis masih seperti selalu, malah bertambah dan bertambah. Oleh kerana telah tinggal serumah dengan si isteri, si jejaka itu hanya menghubungi si gadis itu pada waktu bekerja sahaja. dan sabtu ahad terus menyepi tanpa sebarang kabar berita. jadi lama kelamaan si gadis mula terasa "asing" si gadis mula merajuk, mula lah tarik muka.si jejaka tetap memujuknya, dan memberi belaian yang sama dengan si isteri dapat sehinggalah hari ini. namun sedikit pon si isteri tak tahu apa-apa langsung tentang apa yang berlaku di belakang nya selama ini dari mereka berstatus tunangan hinggalah menjadi suami isteri. - 



PENDAPAT GUA : Sumpah gua kesian dekat si isteri sebab dia menjadi mangsa percintaan antara si jejaka dan si gadis. kalau gua jadi gadis tu, gua tak akan cuba dekatkan diri dengan si jejaka, sebab terang-terang kot menunjuk kan si jejaka itu seorang jejaka yang tak berguna. sanggup menipu isteri sendiri, tunang sendiri, apatah lagi nanti kita yang langsung tak ada ikatan dengan dia kan?! well, gua selalu doakan sangat agar satu hari nanti tembelang si jejaka dan gadis itu akan pecah dan si isteri tidak di perbodoh kan lagi. gua kesian gila-gila dengan si isteri, gua siap menangis untuk pihak si isteri walaupon hakikatnya gua adalah di pihak si gadis. gua kesian, kesian dengan manusia yang jadi mangsa "SELFISH" orang.

SO APA PENDAPAT LU ORANG ??

Cinta itu memang lah kadang kala datang tepat pada masanya tetapi ada juga yang TIDAK tepat, tidak kena dan tidak di alu alukan kedatangan nya. jadi kerana itu lah kita kena selalu ingat, "CINTA GUNAKAN AKAL DAN FIKIRAN" bukanya hanya dengan membabi buta sahaja kannnnnnnnnnnnn :)

* Kisah ini kisah benar, ini kisah ini terjadi didepan mata gua setiap hari :'( 
SUMPAH DAH TAK TAHAN TENGOK! KESIAN SI ISTERI!  
WALAUPON GUA TAK KENAL LANGSUNG SI ISTERI TUH TAPI GUA TETAP KESIANKAN DIA :'(

3 comments:

♥ Mei ♥ said...

awal2 permulaan teringat kisah gua dengan MD <3
sampai bab tunangan memang tak XD

tp sedih baca....
si gf tu bodoh, si bf tu bebal benda yg takkan terjadi nak teruskan jugak. tak pikiaq betui2.
yg si isteri, kesian sioot >.<
kalau pecah tembelang, mintak ceraaii laaa >.<
jangan bagi izin kawen 2 sudah -.-
pancung kepala.

Lany Azman said...

memang totally lain babe, macam you berkawan2 dulu tp ni tak, diorang berkenalan, tapi masa berkenalan tuh si lelaki tu dh tunang pon sebenarnya babe.

KESIAN GILA!

yg bf n gf tu memang bangang tollll! geram je. langsung xrasa sebersalah ohh. haishhh :(

yg isteri di tipu hidup2 kesian :'(

♥ Mei ♥ said...

ouh duniaaa~~