15- October-2011
Itulah tarikh apabila berpuluh pelajar kewartawanan beratur panjang. berpakaian serba lengkap dan badan ditutupi oleh sepasang jubah bewarna hitam dan berbaris oren, bertopi seperti pelajar pintar. satu persatu nama akan dipersebutkan. dari a-z, laungan demi laungan akan di laungkan. doa pembuka mula kedengaran. degupan jantung mula menguasai dewan upacara. Segulung sijil akan di serahkan. salaman demi salaman akan berpautan.
Beribu senyuman akan kelihatan. gelakan dan ngilaian akan mula kedengaran. tangisan dan air mata mula menjurai dan membasahai pipi. pelukan secara percuma akan di berikan. pensyarah dan pelajar mula mengambil gambar bersama. sejambak bunga akan di berikan. itulah mulanya detik lembaran baru pelajar kewartawanan untuk memulakan pekerjaan. itulah hari teakhir kami akan bergelar PELAJAR. dan itulah tarikh graduasi kami :')
Rakan-rakan sekelas, inilah tarikh graduasi kita semua, dan inilah satu-satunya tarikh yang bakal menentukan masa depan kita, selepas ni kita dah tak begelar "pelajar lepasan SPM" lagi. setiap resume kita akan kelihatan "lepasan diploma" pula. akhirnya perjuangan kita selama 3 tahun berakhir juga. saat yang dinanti akan muncul. Alhamdulillah, dengan kesabaran, tidak menyarah kalah, dan penuh dedikasi kita ketika menuntut ilmu akhirnya mendapat juga.
selamat menjadi WARTAWAN MALAYSIA.
So, kepada semua bakal wartawan. bersama-sama lah kita mengharumkan nama pensyarah--pensyarah kita.



3 comments:
btl ke kita grade 15/10? seronoknye..tme ksih bg tau maklumat penting ni..hihi
a'ah kak jat :) kita baru balik dri ikip ni hihi welcome :)
nnti ada pape perkembangan jgn lupa update okey..
Post a Comment