Friday, July 1, 2011

HATI AKU MATI KEHILANGAN DIA ~.~



ermmmm,
abang, 
abang lah satu-satunya "abang sulong" yang adik ada walaupun sebenarnya kita sepupu.
abang banyak tolong adik, abang banyak habiskan masa abang dengan family adik. abang kata abang tenang dan senang bila duduk serumah dengan mamy and dady.
abang selalu bawak adik pergi jalan-jalan dengan kereta waja abang, 
adik ingat lagi masa tuh abang baru balik kerja. tapi abang sibuk nak bawak adik pergi tengok ayam.
abang selalu nasihatkan adik "you besar nanti jadi insan yang berguna tau jangan hancurkan hati mamy and your dad. make them proud with you okay? calet sikitttt ".
abang selalu manjakan adik dengan beri adik benda-benda mahal.
abang selalu cakap adik mengingatkan abang dengan anak-anak abang kat jepun sana tuh.
abang lah satu-satunya yang rajin speaking dengan adik :(
abang, semalam abang buat adik menggigil terduduk tengok abang :'(
adik tak pernah tengok abang adik yang macam semalam terlentang atas katil kat CCU dengan bantuan alatan penafasan.
adik pegang kaki abang sejuk... adik tengok mata abang dah mula memandang ke atas.
adik tak berhenti menangis tengok monitor nadi abang :'(
dari 50 something sampai lah menjunam kebawah...
abang, abang tahu tak, bila nadi abang betukar 0 
adik peluk mamy kuat-kuat adik tahu masa tuh abang tengah FIGHT dengan sakratul maut.
kejap nadi abang 0 kejap nadi abang 50, abang macam main cak-cak dengan kami :(
satu family panggil doctor suruh cek balik..
abang, adik rasa macam ada orang jahat bawak moto laju-laju dari arah belakang adik and terus rentap hati adik yang kat dalam ni bila dapat pengesahan dari doctor yang abang dah takde.
adik nak pengsan dah masa tuh, adik sedih sangat abang!
dady pon sedih adik tak pernah tengok dady menangis sampai tahap mengigil.
masa semua cium abang adik lari adik taksangup nak tengok muka abang.
adik pergi carik hafiz, bila dah dapat hafiz adik jadi tak terkata apa. adik cuma boleh menangis je.
abang, abang tahu tak, masa pagi sebelum jenazah abang di bawa ke rumah abang, 
adik and isteri baru abang puas explain kat anak abang pasal abang dah takde,
abang, abang boleh bayang tak seorang budak 3tahun yang tak tau apa-apa, yang excited nampak kami berlari menuju ke arah adik dan tersenyum riang tiba-tiba dia terima satu berita yang "babah dah mati" then dia yang excited tadi terus terdiam and duduk besandar kat dinding sambil temenung memikirkan betul ke apa yang dia dengar.
abang, tak ke terlalu berat untuk seorang budak 3 tahun terima benda tuh bang, apetah lagi yang 2 tahun tuh?
"kakak lany, kenapa dia mengaji? sebab ayah dudin dah mati ke?" - adik tak akan lupa ayat ni. sumpah hati adik tersentuh bila dia mula cakap macam ni bang, mata dia bertakung air mata tapi adik tahu dia tahan, dia cuba jadi machoo. macam perangai abang lah, tak suka tunjukan kesedihan kat orang kecuali mamy :(
adik semalaman tak tidur temankan anak-anak abang "kakak lany, temankanlah dudin tidur, dudin tengah sedih ni" abang, hati mana yang masih boleh rasa mengantuk bila budak berusia 3 tahun cakap macam tuh kat kita?
sepanjang dia tidur dia suruh adik peluk dia, bila adik bergerak dia tarik tangan adik, dia peluk lagi.
abang, kalau budak 3 tahun pon boleh paham maksud PATAH HATI apa lagi adik...
adik sedih sangat abang, adik betul-betul kehilangan abang..
hanya tuhan je tahu macam mana adik merindui abang...
abang, dady tak berhenti menangis dari tengah hari tadi selepas pengebumian abang.
walaupun abang dah pergi tinggalkan kami, 
pemergiaan abang sangat memberi kesan yang mendalam kat kami.
abang tahu tak hati adik mati! adik tak tahu macam mana nak hidupkan dia semula.
ia ibarat adik bagi abang satu piring kaca yang antik then abang baling dia ke lantai,
bekecai banggg :'(
tapi, apa adik boleh buat, tuhan lebih menyayangi abagn kan?
abang pergi dulu, sekurang-kurangnya abang tak tersiksa dengan masalah penyakit abang tuh kan?
takpelah abang, adik redha dan terima ketentuan ilahi,
tapi semangat adik entah kat mana tah. 
adik lemah sekarang ni.. anak-anak abang lah kekuatan adik sekarang
adik nak abang tahu adik sayangkan abang sangat.~.~
abang jaga diri kat sana bebaik yeah. 
apa pon abang tetap satu-satunya abang sulong adik di dunia dan akhirat

adik kehilangan seorang abang yang sangat penyayang :'(

1 comment: